Wednesday, August 18, 2010

Kesah Ramadan

Awal puasa jatuh pada 11/8/2010....hati berbunga-bunga. Ada satu kegembiraan yang tak terucap.
Ia meresap jauh ke hati.

Usai waktu pejabat seperti tidak sabar untuk tiba di rumah. Tentu anak-anak sudah siap, maklumlah dah lama tak balik ke kampung sebelah ayah. Walau pun dekat tapi kesibukan dengan urusan persekolahan anak-anak
menghalang kami untuk selalu menjengok emak dan abah di Gelang Patah.

Dalam perjalanan singgah ke rumah seorang kenalan yang order 150 keping karipap untuk jualan bazar Ramadan. Jalanraya agak sesak, begitulah setiap kali awal Ramadan. Agaknya ramai orang yang nak balik kampung dengan tujuan yang sama....menyambut Ramadan bersama keluarga.

Dalam kesesakan itulah kereta kami buat hal. Enjin kereta tiba-tiba mati dan langsung tak boleh dihidupkan.
Saya mula panic...kesian juga kat suami yang terkial-kial memeriksa enjin dicelah-celah kesesakan jalanraya.
kami telah menambahkan kesesakan yang sedia ada. Geram di hati tak tertahan lagi. Dah banyak kali kami menerima nasib begini....sering sangat tersadai di tei highway. Tapi kali ni lebih teruk...di tengah-tengah kesibukan highway.

Dahlah kami belum sempat makan malam....anak-anak kelaparan dan kepanasan. Tiba-tiba teringat dalam beg sekolah Mamat ada air bekal. Dan terjumpa pulak karipap inti telur yang saya bekalkan untuk Mamat yang kononnya ada majlis perpisahan guru kelasnya yang akan bertukar ke sekolah lain. Majlisnya tak jadi maka karipap pun tersimpan kemas dalam beg sekolah. Bertuah punya budak...bila ditanya dia tak jawab pulak.
maka karipap pagi tadi yang belum basi (nasib baik betul) menjadi menu makan malam kami 3 beranak (aku, ezah dan efah) di dalam kesesakan itu.

Dalam 'tension-tensin' rasa gelihati pulak sebab kami berjaya menghabiskan sebungkus karipap mini. Kelaparan betul. Orang sebuk betulkan kereta kami sebuk makan.

Alhamdulilah hampir pukul 10.30 malam baru kami dapat menruskan perjalan ke Gelang Patah.
Ada saja hal di malam awal Ramadan. Malam itu juga saya berazam nak menukarkan kereta itu denga kereta baru...kerana dah tak tahan menanggung masalah kereta kami itu.

Thursday, August 5, 2010

RAMADAN SEMAKIN HAMPIR

Diam tak diam Ramadan dan semakin dekat. Macam-macam terfikir di fikiran.
Banyak perkara yang perlu di lakukan. Bimbang diri tak berkemampuan.
namun pada Allah disandarkan harapan, semuga segala urusan di permudahkan.

Tahun ini diharapkan anak-anak dapat berpuasa seperti tahun-tahun sebelumnya
tanpa sebarang masalah. Semalam memberitahu Mamat Ezzam, manalah tahu kalau-kalau
dia tak tahu yang tak lama lagi dia kena berpuasa.

"Adik tau tak, tak lama lagi nak puasa" soalku.

"Tau" jawabnya ringkas.

"Adik kena puasa macam tahun-tahun lepas, jangan tak tahan pulak"

"kalau saya puasa 7 hari boleh tak mama?' soalnya. Berdetup hatiku. Kenapalah pulak nak
buat hal budak ni. Dah tiga tahun berturut-turut ok je.

"Mana boleh, mesti puasa 30 hari"

"30 hari, lamanya bukan ke kena puasa 12 hari je " terperanjat pulak dia.

"Tahun yang lepas-lepas tu boleh, takkanlah tahun ni dah makin besar tak boleh pulak " aku
dah mula naik hangat dengan budak ni.

'Tahun lepas kan 12 hari "

"Sapa kata 12 hari, kan awak puasa 30 hari" aku makin geram.

"Ye ke mama, tapi saya rasa macam sekejap aje, macam 12 hari. Kalau gitu bolehlah saya puasa"
Terkedu aku dibuatnya. Tapi rasa lega yang amat.

Sunday, June 27, 2010

Perjalanan Ke UITM Segamat

Semalam Ahad (27/06/2010) menghantar Ema mendaftarkan diri ke UITM Segamat.
Alhamdulilah dia ditawarkan kursus Pra Perdagangan. Legalah sikit. Lagi pun tak lah jauh sangat.
Terimbau kenangan masa mendaftarkan diri di ITM Dungun pada 1988. Tak sedar dah lebih 20
tahun yang lalu. Alangkah manisnya kenangan itu.

Thursday, June 17, 2010

Lagenda Budak Setan

Haritu ada kelapangan waktu, kami 5 beranak tengok wayang kat Leisure Mall.
Kami sebenarnya bukanlah kaki wayang, tapi saja-saja hujung minggu teringin pulak nak tengok si budak setan. Bagus juga ceritanya. Aku tak suka cerita yang terlalu berat, penat kepala otak.

Dua anak dara aku sukalah bila di ajak menonton cerita tu. Maklumlah anak-anak remajakan. Mak dia pun suka sangat cerita yang ada nangis-nangis ni. Tapi si Mamat protes sebab dia nak tengok cerita Shrek. Puaslah pujuk dia. Aku pun suka juga cerita Shrek tu tapi itu pilihan kedua lah kiranya.

Ayah bebudak 'no komen', dia bukan minat sangat, pergi pun sebab nak melayan kerenah kami.
Tengok boleh tak tengok lagi bagus....agaknya.

Ezzah tanya aku " Mama,.... kat Universiti macam tu ke?...boleh cinta-cinta...."
"Sikit lebih kurang macam tu lah....tapi tak de lah sampai over-over, ada kena buang U nanti".
Aku reka jawapan sendiri. "Bercinta boleh tapi tak boleh berkepit sana-sini"
"Habis mama tak bercinta ke" Banyak pulak songeh budak ni...
"Nak bercinta ke hapa nya...kalau muka mama macam Lisa Surihani tu....tak tau lah"
he.he..he...(tersenyum2 Ezzah)

Secara umumnya cerita tu ok lah untuk nak santai2 hujung malam minggu.

Menyusuri Kenangan Silam

Seronoknya semalam dapat jumpa kawan-kawan lama.
Lina, Lin, Diba, Am, Norli, Sue, Robert Lim, Malik, Maznah, Salbiah, Misnah, Gayah &
Nita. Macam-macam cerita, semua nak bercakap.

Harap-harap lepas ni adalah pertemuan seterusnya. Untuk Lina & Lin...terima kasih kerana
menjadi jambatan penghubung.

Friday, May 14, 2010