Awal puasa jatuh pada 11/8/2010....hati berbunga-bunga. Ada satu kegembiraan yang tak terucap.
Ia meresap jauh ke hati.
Usai waktu pejabat seperti tidak sabar untuk tiba di rumah. Tentu anak-anak sudah siap, maklumlah dah lama tak balik ke kampung sebelah ayah. Walau pun dekat tapi kesibukan dengan urusan persekolahan anak-anak
menghalang kami untuk selalu menjengok emak dan abah di Gelang Patah.
Dalam perjalanan singgah ke rumah seorang kenalan yang order 150 keping karipap untuk jualan bazar Ramadan. Jalanraya agak sesak, begitulah setiap kali awal Ramadan. Agaknya ramai orang yang nak balik kampung dengan tujuan yang sama....menyambut Ramadan bersama keluarga.
Dalam kesesakan itulah kereta kami buat hal. Enjin kereta tiba-tiba mati dan langsung tak boleh dihidupkan.
Saya mula panic...kesian juga kat suami yang terkial-kial memeriksa enjin dicelah-celah kesesakan jalanraya.
kami telah menambahkan kesesakan yang sedia ada. Geram di hati tak tertahan lagi. Dah banyak kali kami menerima nasib begini....sering sangat tersadai di tei highway. Tapi kali ni lebih teruk...di tengah-tengah kesibukan highway.
Dahlah kami belum sempat makan malam....anak-anak kelaparan dan kepanasan. Tiba-tiba teringat dalam beg sekolah Mamat ada air bekal. Dan terjumpa pulak karipap inti telur yang saya bekalkan untuk Mamat yang kononnya ada majlis perpisahan guru kelasnya yang akan bertukar ke sekolah lain. Majlisnya tak jadi maka karipap pun tersimpan kemas dalam beg sekolah. Bertuah punya budak...bila ditanya dia tak jawab pulak.
maka karipap pagi tadi yang belum basi (nasib baik betul) menjadi menu makan malam kami 3 beranak (aku, ezah dan efah) di dalam kesesakan itu.
Dalam 'tension-tensin' rasa gelihati pulak sebab kami berjaya menghabiskan sebungkus karipap mini. Kelaparan betul. Orang sebuk betulkan kereta kami sebuk makan.
Alhamdulilah hampir pukul 10.30 malam baru kami dapat menruskan perjalan ke Gelang Patah.
Ada saja hal di malam awal Ramadan. Malam itu juga saya berazam nak menukarkan kereta itu denga kereta baru...kerana dah tak tahan menanggung masalah kereta kami itu.
Wednesday, August 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment