Haritu ada kelapangan waktu, kami 5 beranak tengok wayang kat Leisure Mall.
Kami sebenarnya bukanlah kaki wayang, tapi saja-saja hujung minggu teringin pulak nak tengok si budak setan. Bagus juga ceritanya. Aku tak suka cerita yang terlalu berat, penat kepala otak.
Dua anak dara aku sukalah bila di ajak menonton cerita tu. Maklumlah anak-anak remajakan. Mak dia pun suka sangat cerita yang ada nangis-nangis ni. Tapi si Mamat protes sebab dia nak tengok cerita Shrek. Puaslah pujuk dia. Aku pun suka juga cerita Shrek tu tapi itu pilihan kedua lah kiranya.
Ayah bebudak 'no komen', dia bukan minat sangat, pergi pun sebab nak melayan kerenah kami.
Tengok boleh tak tengok lagi bagus....agaknya.
Ezzah tanya aku " Mama,.... kat Universiti macam tu ke?...boleh cinta-cinta...."
"Sikit lebih kurang macam tu lah....tapi tak de lah sampai over-over, ada kena buang U nanti".
Aku reka jawapan sendiri. "Bercinta boleh tapi tak boleh berkepit sana-sini"
"Habis mama tak bercinta ke" Banyak pulak songeh budak ni...
"Nak bercinta ke hapa nya...kalau muka mama macam Lisa Surihani tu....tak tau lah"
he.he..he...(tersenyum2 Ezzah)
Secara umumnya cerita tu ok lah untuk nak santai2 hujung malam minggu.
Thursday, June 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment